Frank McKeown: Kisah Seorang Ahli Bomba Yang Juga Merupakan Pemain Sepak Bola

Frank McKeown: Kisah Seorang Ahli Pemadam Kebakaran Yang Juga Merupakan Pemain Sepak Bola

Pada November 2013, sebuah helikopter membawa seorang juruterbang dan dua orang polisi terhempas di Glasgow, Scotland. Helikopter yang digunakan polis itu telah terhempas ke sebuah pub di bandaraya itu.

Kesemua yang berada di helikopter itu telah terbunuh di samping 7 orang yang berada di pub tersebut. Berpuluh mangsa yang lain telah cedera dalam kejadian tersebut.

Salah satu anggota Bomba Scotland, Frank McKeown telah bertugas pada kejadian tersebut. Frank sebenarnya anggota tambahan yang diminta untuk membantu pasukan pemadam kebakaran lain dalam kejadian tersebut.

KEJADIAN YANG MENIMPA Frank McKeown 

Sebenarnya, Frank sudah bertugas sebagai Pemadam Kebakaran selama 8 tahun sebelum kejadian itu berlaku. Pada malam kejadian, beliau ditugaskan bersama rekan-rekannya untuk shif malam. Beliau menjalankan tanggungjawab utamanya sewaktu kejadian tersebut. Malah, beliau meninggalkan tempat kejadian pada jam 7 pagi keesokan harinya. Frank sempat melelapkan mata hanya sejam untuk beristirahat. Rehat itu perlu demi satu tugasan kedua yang dilakukannya.


Image result for Frank Mckeown

Sebenarnya beliau merupakan pemain kelab sepak bola Stanraer separuh masa. Malah, Frank pada ketika itu merupakan kapten kelab.Stanraer bertemu Clyde dalam perlawanan pusingan keempat Scottish Cup pada keesokan harinya. Frank muncul di kelab untuk beraksi dalam perlawanan tersebut

Rekan sepasukan Frank, Chris Aitken telah dimaklumkan bahawa beliau telah berada di tempat kejadian pada malam sebelumnya. Chris amat risaukan kapten pasukannya itu.Pengurus kelab, Stephen Aitken bersyukur salah seorang anak buahnya selamat dalam menjalankan tugas. Beliau mengarahkan pegawai kelab agar membuat semakan kesihatan Frank supaya beliau dapat diturunkan dalam perlawanan tersebut.

Kini pada usia 31 tahun, beliau sudah menjadi pemain bola sepak profesional. Beliau meninggalkan Stanraer pada 2015, dua tahun selepas kejadian itu.Kemudiannya beliau berhijrah ke Greenock Morton. Karier bersama Morton hanya semusim sahaja dan kembali ke Stanraer.

Pada 2017, beliau berhijrah sekali lagi ke Alloa Athletic.
Kisah menarik seperti ini amatlah memberikan inspirasi kepada kita semua. Walaupun ada dalam kalangan kita mempunyai dua karier.

Tidak ada salahnya berusaha lebih baik seperti Frank McKeown ya guyssss




 

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »